-->

Monday, 30 April 2012

PROGRAM JALINAN KASIH 2012

PROGRAM JALINAN KASIH


TOPIK
KETERANGAN

NAMA PROGRAM/AKTIVITI

PROGRAM JALINAN KASIH

MATLAMAT

Program  Jalinan Kasih ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang baru memasuki Tingkatan Satu. Pelajar-pelajar ini perlu mengetahui dan memahami perubahan yang mereka alami iaitu perubahan diri dan perubahan persekitaran sekolah supaya mereka mudah menyesuaikan diri. Penyesuaian diri amat penting kepada pelajar untuk memudahkan mereka menghadapi pembelajaran di kelas dan aktiviti di luar kelas


OBJEKTIF

Pada akhir program ini diharap peserta dapat:
i.              Menyesuaikan diri dengan alam persekolahan menengah, berkenalan dengan rakan-rakan baru, mengenali guru-guru SMK Teluk Kumbar II dan mengetahui fizikal sekolah.
ii.            Mengetahui dan memahami peraturan-peraturan sekolah yang wajib di ketahui.
iii.          Mengetahui mata pelajaran yang akan dipelajari dan jenis peperiksaan yang akan mereka hadapi di sekolah menengah khususnya di SMK Teluk Kumbar II.
iv.          Mengetahui aktiviti-aktiviti ko-kurikulum sekolah.
v.            Mengetahui peraturan-peraturan di PusatSumber.
vi.          Mengurus masa yang berkesan di sekolah menengah.
vii.        Mengetahui perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
viii.      Mengetahui jenis-jenis biasiswa dan cara untuk mendapatkannya.
ix.          Mengetahui kemudahan-kemudahan lain seperti BukuTeks,dan lain-lain.
x.            Menyanyikan Lagu sekolah.


TARIKH PELAKSANAAN



09 Jan 2012 hingga 11 Jan 2012

TEMPAT


Dewan Saujana SMK Teluk Kumbar 2

SASARAN


Semua pelajar tingkatan 1 SMK Teluk Kumbar II

PERSONAL


En. Rusli Hashim
En. Mohamed Yunus b. Mohamed Yusoff
En. Abd Malik b. Abd Manan
Pn. Siti Mawarni bt Mohd Yusof
Cik Muzirah bt Mohamed Yusof
Pn. Suraini bt Yahaya
Pn. Rasidah bt Ismail
Pn. Noor Asyikin bt Mohd Sabri
Pn. Rohani bt Abdullah
Pn. Zalipah bt Kadir
En. Ismail @ Faiden b. Hassan
Pn. Hashibah bt Mohd Dahlan
Pn. Sabrina bt Samsuddin
Pn. Sharipatulasilah bt Sulaiman
Pn. Suziazwati bt Baharudin
Pn. Nurul Farhana bt Kasim
Cik Mariana bt Kamaruddin
Kaunselor
En. Faizal b. Murad
En. Muhammad Nazir b. Dahalan


KOS / SUMBER


PCG Bimbingan dan Kaunseling

KEHADIRAN


167 pelajar tingkatan 1

INPUT


Pendedahan maklumat berkaitan ;
  1. Disiplin
  2. 3K
  3. Lagu sekolah
  4. SPBT
  5. Biasiswa & Kebajikan
  6. BKP & BKN
  7. KWAPM
  8. Kebajikan
  9. Insurans Takaful
  10. Makmal Komputer
  11. Makmal Sains
  12. Koperasi



KEKUATAN


1.      Pelajar dapat berkenalan dengaran rakan-rakan yang baru.
2.      Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan  persekitaran sekolah dan mengeratkan silaturrahim antara pelajar baru dengan warga SMK Teluk kumbar 2.
3.      Aktiviti yang dijalankan dapat mencungkil potensi diri dan bakat kepimpinan para peserta.


KELEMAHAN

  1. Masalah kawalan pelajar semasa waktu pertukaran kelas dan ada sesetengah guru yang tidak masuk semasa waktu mengajar masing-masing.
  2. Masalah  PA System
-          Screen kecil
-          Sound
-          Kekurangan AJK pengurusan
  1. Pengudaraan yang kurang memuaskan, pelajar dan fasi berasa tidak selesa kerana udara yang agak panas.
  2. Penekanan hanya kepada aktiviti ceramah meyebabkan pelajar mudah jemu dengan ceramah dan maklumat yang diberikan.


PENAMBAHBAIKAN

1.      Mengekalkan penggunaan rekod pemantauan kelas semasa program dijalankan.
2.      Permasalahan PA Sytem dan sistem pengudaraan akan dibawa kepada pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah untuk tindakan yang selanjutnya.
3.      Memasukkan aktiviti LDK dalam Program Jalinan Kasih.


LAIN-LAIN


80% pelajar bersetuju bahawa program yang dijalankan meningkatkan pengetahuan dan patut dilaksanakan lagi pada tahun depan.
Ucapan alu-aluan Tn. Pengetua : En. Rusli b. Hashim
Motivasi Diri oleh Pen. Kanan Akademik : En. Mohamed Yunus b. Mohamde Yusuff

Taklimat disiplin : En. Abdul Malik b. Abd Manan

No comments: