-->

Monday, 30 April 2012

PROGRAM PEMANTAPAN DIRI DAN KEUNGGULAN AKADEMIK


PROGRAM PEMANTAPAN DIRI DAN KEUNGGULAN AKADEMIK
pelajar2 ting 4

TOPIK
KETERANGAN

NAMA PROGRAM/AKTIVITI

PROGRAM PEMANTAPAN DIRI DAN KEUNGGULAN AKADEMIK


MATLAMAT


Program Pemantapan Diri dan Keunggulan Akademik ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang baru memasuki Tingkatan Empat. Program ini diharapkan dapat menyemai rasa cintakan sekolah dan warganya dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Program ini juga memberi peluang kepada pelajar tingkatan empat tahun ini untuk membina keyakinan diri dan mula merancang kehidupan masa hadapan.

OBJEKTIF

Pada akhir program ini diharap peserta mendapat :
i.        Kesedaran dan kefahaman tentang matlamat mereka ke sekolah.
ii.      Kefahaman dan penghayatan kepentingan mematuhi peraturan dan disiplin sekolah.
iii.    Memberi maklumat mengenai persediaan awal pelajar-pelajar tingkatan 4 tahun 2012 untuk menghadapi SPM 2013.
iv.    Memiliki motivasi yang tinggi dan rajin berusaha serta tahu perjalanan sebenar kehidupan.
v.      Kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri ,tuhan, keluarga, bangsa dan negara.
vi.    Kesedaran bahawa sikap negatif boleh menghalang kejayaan dan perlu dikikis kemudian diganti dengan sikap positif.


TARIKH PELAKSANAAN


16 Jan 2013 hingga 17 Jan 2012

TEMPAT


Makmal Bahasa, SMK Teluk Kumbar II

SASARAN


Semua pelajar tingkatan 4
PERSONAL

  1. En. Rusli b. Hashim
  2. En. Abd Malik b. Abd Manan
  3. Pn. Nurul Farhana bt Kasim
  4. Kaunselor
  5. En. Mohamed Yunus b. Mohamed Yusoff
  6. Pn. Zuraini bt Darus
  7. En. Ismail bt Hasan

KOS / SUMBER


PCG Kaunseling

KEHADIRAN


150 Pelajar

INPUT


  1. Pemantapan Disiplin diri
  2. Taklimat Ko-Kurikulum
  3. Kenali Personaliti Diri (IPW)
  4. Pemantapanan diri dan perancangan masa depan
  5. Kemahiran Belajar
  6. Refleksi dan pengisian borang profil


KEKUATAN


1.      Meningkatkan motivasi diri pelajar untuk lebih cemerlang
2.      Memupuk kefahaman dan kesedaran agama serta peranan pelajar sebagai seorang pelajar dan anak.


KELEMAHAN

1.        Kekurangan bilangan guru pemantau untuk memantau aktiviti pelajar menyebabkan kesukaran untuk mengawal pelajar.
2.        Pelajar cepat jemu dan bosan kerana program lebih kepada aktiviti ceramah dan tayangan video sahaja.
3.        Ceramah kemahiran belajar tidak dapat disampaikan dengan lebih berkesan kerana terdapat lebih dari sebahagian pelajar yang tidak memberi tumpuan.
4.        Masalah ruang yang sempit untuk menjalankan aktiviti dan sistem pengudaraan yang kurang memuaskan.


PENAMBAHBAIKAN

1.      Memerlukan guru disiplin semasa program dijalankan
2.      Membetuk kumpulan untuk membantu kawalan pelajar
3.      Menyediakan slot LDK
4.      Membahagikan pelajar kepada dua kategori
-          Kelas Sains dan Akaun = Kemahiran Belajar
-          Kelas Perdangangan  = Program Motivasi Dan Pembinaan Modul Sahsiah.
5.      Mengambil tindakan disiplin bagi pelajar yang bermasalah.
6.      Menukarkan tempat ke ruangan yang lebih terbuka.


LAIN-LAIN




No comments: