-->

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling



FALSAFAH PERKHIDMATAN
Setiap pelajar berpotensi menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang melalui panduan, bimbingan dan dorongan kendiri serta profesional

MOTO
Informasi, Kecemerlangan, Kesejahteraan.

VISI
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara meyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah

MISI
Membangunkan dan menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang profesional dan berkualiti agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga pendidik di sekolah.



             SENARAI TUGAS GURU KAUNSELING
( SEKOLAH MENENGAH )


  1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan pelajar,guru,pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
  3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
  4. Mengumpul,menyelia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai
  5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
  6. Merancang , melaksana, mengawalselia perkhidmatan bimbingan dan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
  7. Merancang,melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
  8. Merancang, melaksana,mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT.
  9. Merancang,  melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
  10. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar Negara ( IPTA / IPTS )
  11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung bimbingan dan kaunseling, kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah.
  12. Merancang, melaksanakan, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru ,kakitangan, bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
  13. Membuat penilaian aktiviti modul, model, instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah .
  14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
  15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling
  16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebar kefahaman  dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
  17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar,guru, kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya
  18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan
  19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
  20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah, Disiplin Sekolah dan Jawatankuasa Lembaga/ Badan Pengawas.
  21. Menjadi penyelaras dalam program mento-mentee sekolah.
  22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kepimpinan dan kursus ketatanegaraan


No comments: