-->

Sejarah SMKTK2

Sejarah Penubuhan SMK Teluk Kumbar 2


Sejarah awal SMK Teluk Kumbar 2 bermula pada 2 Januari 2004 apabila sekolah ini memulakan persekolahan buat pertama kalinya. Oleh kerana bangunan sekolah masih dalam pembinaan, maka SMK Teluk Kumbar 2 terpaksa menumpang di SK Sungai Batu. Sepanjang sesi persekolahan 2004 sekolah ini ditadbir oleh En. Md Naziar bin Md. Isa sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan dibantu oleh 10 orang tenaga akademik. Jumlah pelajar sebanyak 98 orang dari tingkatan 1. Sejarah baru mula terukir apabila sesi persekolahan 2005 dimulakan di bangunan baru yang beralamat di Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar. Bangunan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bercirikan sekolah bestari dan reka bentuk bangunan yang terkini. Kementerian pelajaran telah melantik Dr. Iskandar bin Abdullah sebagai Pengetua pertama sekolah ini. Berlatar belakangkan bukit yang menghijau dan pesisiran pantai yang membiru, sekolah ini diyakini mampu mengorak langkah, menyahut cabaran untuk melahirkan pelajar-pelajar cemerlang, masa depan gemilang.


Sumber : Majalah Bestari, SMK Teluk Kumbar 2 (2006)




Sejarah Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Teluk Kumbar 2

PN. NORWANI BT DAUD (2005)
EN. DZULKIFLI B. REJAB (2006)
EN. ZAMRI B. ZAKARIA (2007-2008)
PN. NOR HANIZA BT SAAD (2007)
PN. HASFARIZA BT ABD HAMID (2008-2010)
PN. ROSLIZAWATI BT MUHAMMAD ALIAS (2009-SEKARANG)
CIK SITI NADHILAH BT ABDULLAH (2009-SEKARANG)

No comments: