-->

Thursday 4 July 2013

Program Jalinan Kasih 2013

latihan nyanyian lagu sekolah
taklimat UBK

sesi berkenalan dengan Tn. Pengetua SMKTK2
taklimat KWAM


Pada 07 Jan 2013 hingga 9 Jan 2013 unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTK2 dengan kerjasama semua unit khas telah berjaya menjalankan Program Jalinan Kasih untuk pelajar tingkatan 1 sesi 2013. Program “Jalinan Kasih” ialah program yang mengetengahkan proses pengenalan dan pemberian maklumat kepada pelajar tentang pelbagai informasi berkaitan perkhidmatan atau kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah. Diantaranya ialah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, aktiviti ko-kurikulum, kurikulum, organisasi sekolah, pusat sumber, skim pinjaman buku teks, peraturan sekolah, dan sebagainya. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dengan alam persekolahan menengah, berkenalan dengan rakan-rakan baru, mengenali guru-guru SMK Teluk Kumbar 2 dan mengetahui fizikal sekolah, mengetahui dan memahami peraturan-peraturan sekolah yang wajib di ketahui, mengetahui mata pelajaran yang akan dipelajari dan jenis peperiksaan yang akan mereka hadapi di sekolah menengah khususnya di SMK Teluk Kumbar 2, mengetahui aktiviti-aktiviti ko-kurikulum sekolah, mengetahui peraturan-peraturan di Pusat Sumber, mengurus masa yang berkesan di sekolah menengah, mengetahui perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, mengetahui jenis-jenis biasiswa dan cara untuk mendapatkannya dan mengetahui kemudahan-kemudahan lain seperti BukuTeks,dan lain-lain.

Tuesday 8 May 2012

LAWATAN PROGRAM INFORMASI PENDIDIKAN DAN KERJAYA


NAMA AKTIVITI/PROGRAM : LAWATAN PROGRAM INFORMASI PENDIDIKAN DAN KERJAYA

Wednesday 2 May 2012

Maklumat pengajian tingkatan 6 bagi sesi 2012/2013

 Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, dan pelajar yang berminat untuk rayuan ke tingkatan enam bagi sesi 2012/2012 boleh lah melayari laman web yang berikut.

Tuesday 1 May 2012

TAHNIAH!!...

Hari Penerimaan Keputusan SPM SMKTK2
Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya ke Matrikulasi dan Ke Tingkatan 6. Semoga terus "success". Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa, masih ada harapan untuk berjaya. Yang penting "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Allah telah menetapkan rezeki masing-masing, namun demikian untuk mendapatkannya perlulah berusaha.