-->

Thursday 4 July 2013

Program Jalinan Kasih 2013

latihan nyanyian lagu sekolah
taklimat UBK

sesi berkenalan dengan Tn. Pengetua SMKTK2
taklimat KWAM


Pada 07 Jan 2013 hingga 9 Jan 2013 unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTK2 dengan kerjasama semua unit khas telah berjaya menjalankan Program Jalinan Kasih untuk pelajar tingkatan 1 sesi 2013. Program “Jalinan Kasih” ialah program yang mengetengahkan proses pengenalan dan pemberian maklumat kepada pelajar tentang pelbagai informasi berkaitan perkhidmatan atau kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah. Diantaranya ialah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, aktiviti ko-kurikulum, kurikulum, organisasi sekolah, pusat sumber, skim pinjaman buku teks, peraturan sekolah, dan sebagainya. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dengan alam persekolahan menengah, berkenalan dengan rakan-rakan baru, mengenali guru-guru SMK Teluk Kumbar 2 dan mengetahui fizikal sekolah, mengetahui dan memahami peraturan-peraturan sekolah yang wajib di ketahui, mengetahui mata pelajaran yang akan dipelajari dan jenis peperiksaan yang akan mereka hadapi di sekolah menengah khususnya di SMK Teluk Kumbar 2, mengetahui aktiviti-aktiviti ko-kurikulum sekolah, mengetahui peraturan-peraturan di Pusat Sumber, mengurus masa yang berkesan di sekolah menengah, mengetahui perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, mengetahui jenis-jenis biasiswa dan cara untuk mendapatkannya dan mengetahui kemudahan-kemudahan lain seperti BukuTeks,dan lain-lain.

No comments: